
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN merupakan salah satu usaha murni Kerajaan yang diwujudkan untuk memberi kemudahan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sama ada di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan.
Pinjaman pendidikan ini membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Ketahui syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Pelajar diwajibkan mempunyai akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.
- Beli no pin permohonan melalui Bank Simpanan Nasional/Atas Talian (www.ptptn.gov.my)
- Mempunyai akaun bank peribadi untuk penyaluran wang pinjaman bagi setiap semester. (Contoh Pelajar UITM perlu membuka akaun Bank Islam)
KETAHUI APA ITU SSPN-i DAN SSPN-i Plus
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
Adalah satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.
Keistimewaan SSPN-i
- Layak memohon pinjaman pendidikan;
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
- Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
- Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.
Nota:
* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.
** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
SSPN-i Plus
Merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Keistimewaan SSPN-i Plus
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
- Layak memohon pinjaman pendidikan.
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
- Elaun Kemasukan Hospital.
- Manfaat Takaful Bagi 36 Penyakit Kritikal.
Info lanjut boleh kunjungi website rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
(Sumber: www.ptptn.gov.my)
No comments:
Post a Comment