Pasukan Kriket MSS Kelantan U18 telah muncul Juara dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung pada 5 hingga 10 Ogos 2018 di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Pasukan MSS Kelantan ini muncul juara selepas menewaskan Pasukan MSS Pahang dalam Perlawanan separuh akhir dan menewaskan MSS Selangor dalam perlawanan akhir.
Seluruh warga SMK Tengku Indra Petra (SMKTIP) Gua Musang amat berbangga kerana 10 dari 14 orang pemain yang mewakili MSS Kelantan merupakan pelajar dari SMKTIP. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin Haji Mat, Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di Dewan Putera, SMK Putera Kota Bharu.
Malah lebih membanggakan apabila pelajar dari SMKTIP muncul sebagai Pemain Terbaik Keseluruhan Kejohanan Kriket MSSM 2018 iaitu Muhammad Irfaq Wan Yusoff (16 Tahun) yang turut dianugerahkan Anugerah Best Bowler dan Best Wicket Kejohanan Kriket MSSM 2018.
![]() |
Muhammad Irfaq Wan Yusoff |
Manakala seorang lagi pemain Kriket dari SMKTIP iaitu Mohamad Hakim Harisan (16 tahun) dianugerahkan Best All Rounder Kejohanan Kriket MSSM 2018.
![]() |
Mohamad Hakim Harisan |
![]() |
Dari Kiri Muhammad Irfaq Wan Yusoff, En Arif Nawi (Pengurus Pasukan), Tn. Hj. Muhamad Sauki Husin (KPPD Gua Musang), Pn Ummi Mariza (Pengetua SMKTIP) dan Mohamad Hakim Harisan |
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kriket MSS Kelantan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan sukan kriket di negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment