![]() |
Pasukan PPD Gua Musang Sedang Beraksi, Rentak Sang Juara |
Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 6 Julai 2018 bertempat di Dewan SM Sains Gua Musang, Kelantan. Terdapat Tiga Kategori Perlawanan iaitu Bawah 12 Tahun (B12), Bawah 15 Tahun (B15) dan Bawah 18 Tahun (B18).
![]() |
Pasukan Bola Jaring (B18) PPD Gua Musang bersama Urusetia, Jurulatih dan Pengurus Pasukan |
![]() |
Detik Kemenangan Yang Dikongsi Bersama-Sama Rakan Sepasukan dan Guru-Guru Terlibat |
![]() |
Aksi Juara |
1.) Bawah 12 Tahun (B12)
Johan :Gua Musang
Naib Johan :Tumpat
Ketiga : Bachok
Keempat : Kuala Krai
2.) Bawah 15 Tahun (B15)
Johan : Kota Bharu Utara
Naib Johan : Gua Musang
Ketiga : Tumpat
Keempat : Jeli
![]() |
Pasukan B15 PPD Gua Musang (Shazana Shaza, Nur Farhana, Bettyizuani, Aina, Syidah, Syulyanis, Eli Ilya, Nadia, Syahirah dan Nor Ain Nadia) |
3.) Bawah 18 Tahun (B18)
Johan : Gua Musang
Naib Johan : Tanah Merah
Ketiga : Kota Bharu Utara
Keempat : Machang
![]() |
Pasukan B18 PPD Gua Musang (Suraya Hani, Nor Emy Fatihah, Nor Intan Alisya Sofea, Nor Farhana, Nor Syazmira, Nor Elyani, Norliyana, Norhakimah, Nor Athirah, Nor Laila Ainan dan Zati Hananni) |
Menurut Ketua Jurulatih Pasukan B18 PPD Gua Musang, Datin Noorzilawati Bt Ab Rahim "Saya sangat berpuas hati dengan semua pemain kerana sangat konsisten dan sentiasa menunjukkan aksi yang amat baik bagi setiap perlawanan. Sikap positif dan semangat juang yang tinggi juga adalah antara rahsia kejayaan pasukan PPD Gua Musang pada tahun ini dan semoga semua pemain yang akan mewakili negeri Kelantan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Kebangsaan pada 5 hingga 8 Ogos 2018 di Kuala Terengganu akan mempamerkan aksi yang lebih baik agar kejuaraan menjadi milik kontingen Kelantan".
![]() |
Urusetia, Jurulatih dan Jawatankuasa Kejohanan bersama-sama Puan Ummi Mariza Bt Che Ya, Pengetua SMKTIP1 yang turut hadir memberikan sokongan |
Tuah berpihak kepada Pasukan Bola Jaring PPD Gua Musang selaku tuan rumah pada tahun ini apabila muncul sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Bola Jaring MSSK. Tahniah dan syabas kepada semua Pemain, Jurulatih, Pengurus Pasukan dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Bola Jaring MSSK Tahun 2018.
No comments:
Post a Comment