Saturday, July 7, 2018

TEAM KRIKET SMK TENGKU INDRA PETRA 1,GUA MUSANG, KELANTAN KEKALKAN KEJUARAAN MSSK TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Team SMKTIP 1, Gua Musang (Johan) dan Team SMK Long Ghafar, Kota Bharu (Naib Johan) MSSK

Seramai 14 orang pemain Kriket SMKTIP1, Gua Musang telah mencipta satu lagi sejarah apabila berjaya menewaskan Team Kriket SMK Long Ghafar, Kota Bharu dalam Perlawanan Akhir Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) pada 4 Julai 2018 yang lalu.

Team Kriket SMKTIP 1, Gua Musang bersama Pengurus Pasukan dan Jurulatih

Kejohanan yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Malaysia (Kampus Kota Bharu) ini berlangsung selama empat hari bermula 1 hingga 4 Julai 2018. Terdapat 10 buah pasukan Kriket yang telah mewakili Daerah masing-masing menyertai Kejohanan pada kali ini.

Menurut Encik Mohd Arif Bin Mat Nawi, Pengurus Pasukan Kriket SMKTIP 1, Gua Musang, "Kemenangan ini adalah hasil semangat sepasukan dan fokus setiap pemain yang konsisten dalam setiap perlawanan. Team ini menang semua perlawanan dan akhirnya merangkul Juara bertahan buat tahun yang ketiga berturut-turut iaitu 2016, 2017 dan 2018 tahun ini."

Pengurus Pasukan En. Mohd Arif bersama Hakim Harisan Ketua Pasukan Kriket SMKTIP 1, Gua Musang

Aksi semasa perlawanan akhir SMKTIP1, Gua Musang menentang SMK Long Ghafar
Menurutnya lagi "semua pemain yang terpilih untuk mewakili negeri Kelantan dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Kebangsaan akan diadakan pada awal bulan Ogos 2018 perlu bekerja keras dan menjalani latihan intensif bagi memastikan Kejuaraan MSSM menjadi milik negeri Kelantan".

No comments:

Post a Comment

10 ORANG PEMAIN KRIKET BAWAH 18 TAHUN MSS KELANTAN PELAJAR SMKTIP MUNCUL JUARA KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)

Pasukan Kriket MSS Kelantan U18 telah muncul Juara dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung pada 5 hi...