Sunday, July 8, 2018

PERMOHONAN ONLINE SESI 2 2018/2019 LEPASAN SPM/SETARAF KE UITM DIBUKA HARI INI 9 JULAI HINGGA 27 OGOS 2018

Permohonan 9 Julai hingga 27 Ogos 2018
Berita baik kepada Calon Lepasan SPM/Setaraf yang gagal dalam permohonan ke UPU sebelum ini anda boleh membuat Permohonan Sesi Kedua ke Program Diploma UITM mulai hari ini 9 Julai 2018 dengan cara membeli no pin/slip di BSN dan akses ke dalam sistem permohonan di website online.uitm.edu.my 

Semak syarat kemasukan dengan melayari Portal Kemasukan Pelajar pengambilan.uitm.edu.my

Panduan SEBELUM Membuat Permohonan
1. Pastikan anda telah mempunyai NO. SLIP BSN.
2. Pastikan membaca setiap arahan pada borang permohonan.
3. Sila kenalpasti Kategori dan Program Pengajian yang bakal di pilih.

Panduan SEMASA Mengisi Borang Permohonan
1. Pastikan semua maklumat betul dan tepat
2. Mengisi semua ruangan Wajib yang bertanda*
3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan
4. Menekan butang SAH & HANTAR
5. Mencetak borang permohonan sebagai bukti permohonan

Semoga Berjaya.


No comments:

Post a Comment

10 ORANG PEMAIN KRIKET BAWAH 18 TAHUN MSS KELANTAN PELAJAR SMKTIP MUNCUL JUARA KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)

Pasukan Kriket MSS Kelantan U18 telah muncul Juara dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung pada 5 hi...