Saturday, August 11, 2018

10 ORANG PEMAIN KRIKET BAWAH 18 TAHUN MSS KELANTAN PELAJAR SMKTIP MUNCUL JUARA KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)

Pasukan Kriket MSS Kelantan U18 telah muncul Juara dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung pada 5 hingga 10 Ogos 2018 di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Pasukan MSS Kelantan ini muncul juara selepas menewaskan Pasukan MSS Pahang dalam Perlawanan separuh akhir dan menewaskan MSS Selangor dalam perlawanan akhir.

Seluruh warga SMK Tengku Indra Petra (SMKTIP) Gua Musang amat berbangga kerana 10 dari 14 orang pemain yang mewakili MSS Kelantan merupakan pelajar dari SMKTIP. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji  Abdullah Bin Haji Mat, Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di Dewan Putera, SMK Putera Kota Bharu.

10 Pemain dari SMKTIP yang mewakili MSS Kelantan bersama Tn Hj.Muhamad Sauki Hussin (KPPD Gua Musang), Pn Ummi Mariza Che Ya (Pengetua SMKTIP), Pn. Ariza (GPK Kokurikulum), En Mohd Arif Nawi (Pengurus Pasukan) dan En Hisyam (Guru Pengiring)

Malah lebih membanggakan apabila pelajar dari SMKTIP muncul sebagai Pemain Terbaik Keseluruhan Kejohanan Kriket MSSM 2018 iaitu Muhammad Irfaq Wan Yusoff (16 Tahun) yang turut dianugerahkan  Anugerah Best Bowler dan Best Wicket Kejohanan Kriket MSSM 2018.
Muhammad Irfaq Wan Yusoff


Manakala seorang lagi pemain Kriket dari SMKTIP iaitu Mohamad Hakim Harisan (16 tahun) dianugerahkan Best All Rounder Kejohanan Kriket MSSM 2018.
Mohamad Hakim Harisan


Dari Kiri Muhammad Irfaq Wan Yusoff, En Arif Nawi (Pengurus Pasukan), Tn. Hj. Muhamad Sauki Husin (KPPD Gua Musang), Pn Ummi Mariza (Pengetua SMKTIP) dan Mohamad Hakim Harisan



Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kriket MSS Kelantan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan sukan kriket di negeri Kelantan. 

Pasukan MSS Kelantan meraikan kemenangan bersama Ketua Unit Sukan JPN Kelantan, Pegawai-Pegawai Kontingen, Pengurus Pasukan, Jawatankuasa Kriket Kelantan, Jurulatih,  KPPD Gua Musang dan Pengetua SMKTIP

10 ORANG PEMAIN KRIKET BAWAH 18 TAHUN MSS KELANTAN PELAJAR SMKTIP MUNCUL JUARA KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)

Pasukan Kriket MSS Kelantan U18 telah muncul Juara dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang berlangsung pada 5 hi...